Sunday 18 November 2012

Riding Week

Hai, minggu ni korang dah cuti kan? Haha, best lah kan? Dah cuti, masing2 da gi keje part time, ade yang tengah tido, ade yang online lagi, macam2 lagi la. Yang paling penting, masih ade lagi pergi sekolah sebab SPM. Haha, sebenarnye aku pon masih lagi kena pergi sekolah. Sebab? Kolej Vokasional Kluang budak2 Tahun 1 tak habis lagi exam, exam apa? Exam Amali lorh, yang macam experiment Sains, Agama, Bengkel dan macam2 lagi la. Haha, malas la nak citer semua.

Hari ni hari Ahad, 18 November 2012. Minggu ni aku cuti 1 minggu jer, tak lama. Lepas exam aku cuti lah kot, tapi tak lama jugak. Hmm, teruk kan? Apa boleh buat, Kolej Vokasional Kluang la katakan. Apa2 pon, aku bukan nak citer pasal ni, aku nak citer yang minggu ni minggu yang paling aktif aku dengan basikal aku.

Raleigh GTS? Bukan yang tu, itu basikal aku jalan2 dlu. Sekarang ni aku pakai fixie je, kenapa? Adelah sebab aku, orang naik basikal je paham kenapa lagi2 member2 riding aku. Haha, minggu ni 3 kali aku berjalan naik fixie aku. Pergi mana? Haha, tak jauh sangat la. Area Johor Bahru jugak la, nak pergi negeri lain tu nanti kot.
                                                                                       
                                   
                                                             




 Yang ni masa hari Ahad, 11 November 2012. Aku dengan Iem jer pergi, kira lewat jugak la kitorang balik. Pergi pagi pukul 10:30 am, baliknya malam pukul 9:30 pm. Haha, berjalan punya pasal. Tapi boleh tahan jugak la jauhnya kitaorang berjalan. Tapi yang bestnya aku dengan Iem pergi Jusco Bukit Indah, aku message bapak aku yang aku balik lambat sikit, pastu bapak aku reply yang bapak aku dekat Jusco jugak, memang aku terus je jumpa mak ayah aku dekat situ. Yang penting bapak aku bagi lesen boleh balik lambat sebab kitorang jauh dari rumah, dan paling penting, kitaorang selamat tiba di rumah masing2 masa ni.










Haaa, yang ni paling best. Pergi tu kira tengah hari jugak la, pukul 11 tepat. Sampai Legoland? Haha, dalam pukul 6 petang la, sebab ade masalah la dalam group kitaorang ni. Tau2 je la en sebab ape, basikal selain kalau tak bocor tak sah kan? Haha, yang penting kitaorang memang enjoy masa ni. Paling best ! kitorang lumba dekat jalan straight nak pergi Puteri Harbour. Jalan memang takde kereta langsung, polis takde, kosong, lebar lagi tu. Dah macam jalan bapak kitorang rasanya masa tu, hihi. Apa2 pon, aku akan ingat kenangan masa ni.


PC Ruang Tamu
18 November 2012
5:00 pm

Saturday 15 September 2012

Nama?

Hey, aku rasa aku dah lama tak update blog ni. Agak2 korang, ade citer best ker? Haha, ntah la. Aku rasa takde kot. Mesti pelik en? Asal tajuk hari ni ialah Nama? Ade kene mengena dengan perempuan? Ops, tidak sesama sekali. Mintak maaf, hehe.

Hari ini, Ahad 16 September 2012. Hari Penubuhan Malaysia, takkan tak tau kot. Membohong na? Haha, ok lupakan jer.

Raleigh GTS adalah nama pemberian oleh aku atas sebab basikal aku yang berwarna oren hitam dan bernama Raleigh pada rangka basikal tersebut dan GTS sempena fork (sepit udang) arbsorber yang aku beli kat Batu Pahat masa raya tahun lepas. Oh ya, ape maksud aku? Sebenarnye, Raleigh GTS ni sekarang dah ade pesaing. Tapi tak dapat idea nak letak nama dia apa, pesaingnye siapa? Haha, dah tentu korang tau apa dia, kalau tak gear mati dan satu gear sahaja dan tak perlu brake. Iaitu Fixie!

Ok, dulu aku tak suka Fixie dan menganjing2 budak Fixie ni atas dasar aku tertekan dengan penolakkan bapak aku untuk beli basikal Fixie ni. Jadi, atas sebab tu aku ade la plan nak buat satu basikal ni iaitu Raleigh GTS aku tu la. Tapi masa tu memang tak terfikir la nak letak nama basikal tu Raleigh GTS, nak citer pasal Raleigh GTS ni memang panjang jugak citernya. Teruskan ke Fixie ni pulak,

Sebelum aku teringin nak beli Fixie ni, masa tu sebelum bulan puasa tahun ni. Nama kawan aku tu Zuhairi, member asrama aku. Dia stay dekat Pulai Indah, JB. Masa balik sebelum esoknya bulan puasa, Pengetua sekolah aku diberi kebenaran untuk balik pukul 11, masa tu bapak aku tak dapat nak amik. Jadi Zuhairi ni ajak aku datang umah dia alang2 tumpang kawan aku lagi sorang ni, nama dia Afiq Azzfar. Di pendekkan cerita, masa aku kat rumah Zuhairi ni, nampak la sebiji Fixie yang agak kokak dan terbengkalai dengan warna catnye yang tak betul. Zuhairi cakap Fixie tu adik dia punya. Pendekkan lagi cerita, masa dah dekat asrama secara tiba2 aku nak pakai Fixie, sebab kenapa aku pon tak tau. Aku cakap kat Zuhairi ni, aku nak beli Fixie adik dia tu. Aku dengan dia deal la nak harga berapa, untuk kepastian dia suruh aku deal dengan adik dia.

Last sekali, aku mintak kat adik dia aku nak angkut RM 200 atas sebab modal aku nak buat balik Fixie yang dah kokak tu. Adik dia pon setuju dan ayah aku datang tolong angkut sekali Fixie tu bawak balik rumah. Nak dihabiskan cerita, Fixienya dah siap masa lepas cuti raya 2 minggu lepas, ini dia...

Untuk kepastian, memang aku takde nama lagi untuk Fixie aku ni. Tapi apa yang pasti, Raleigh GTS tetap legend ! Fixie? Hanya untuk kegunaan biasa dan suka2 sahaja. Terima kasih sebab sudi baca, maaflah sebab panjang sangat.

16 September 2012
8:53 am
PC Ruang Tamu

Saturday 7 July 2012

Maafkan aku wahai rakan2 basikal ku

Hari ni hari Ahad, 8 July 2012 pada pukul 12:57 pm.

Semalam memang malang betul, perjalanan aku nak ke Jusco Tebrau memang tak berjaya. Tetapi ade lagi masalah yang datang.

Aku, Iwan, Lan dengan Jang dah standby dah nak pergi Jusco Tebrau, tapi gerak lambat plak. Dalam pukul 9 malam tu, sampai Kempas jer dah pukul 10 malam, memang dah tutup lah kan Jusco Tebrau tu. Tapi ape yang aku tension pasal semalam adalah, baru sampai Kempas jer si Lan punye tayar dah bocor. Eish, memang frust gila arh. Barang2 nak tampal tiub memang tak bawak, memang spoil la. Tapi kitaorang teruskan jugak pergi Pandan. Basikal Lan dengan Jang memang kena gabung la basikal diorang. Bila sampai Pandan tu, Raleigh GTS aku pulak tayar belakang bocor. Memang silap besar la bagi aku.

Apa boleh buat, terpaksa la telefon bapak aku suruh amik. Aku bukannya nak susahkan bapak aku, tapi memang kecemasan betul, dah la jauh. Hmm, aku dengan Lan terpaksa la balik naik bapak aku. Aku dengan Lan tunggu la Iwan dengan Jang ni, tau2 jer Iwan call aku cakap dia kat Senai tayar basikal Jang bocor. Hmmm, memang teruk betul perjalanan kitaorang semalam.

Nak citer panjang2 pon tak leh wat ape la kan, cuma yang peliknye kenapa dalam masa tu jugak 3 basikal tayar bocor.

Wallahualam..

Last aku nak cakap, aku nak mintak maaf kat diorang sebab mungkin sebab perjalanan aku nak ke Tebrau menyebabkan diorang susah.

Maafkan aku Iwan, Lan, Jang.

Afiq Raleigh GTS
1:07 pm
PC Ruang Tamu

Friday 8 June 2012

Rindu

Hai, sekarang dah pukul 3 am. Aku tak ngantuk lagi la, haha. Aku buat ape jer? Aku baru jer lepas makan Maggie Ayam 2 bungkus dan minum air Milo Ais 1 cawan. Ok, kenyang. Hmm, aku sebenarnye rindu la kat akak aku. Kenapa?


Aku dari pukul 1 lebih tadi, aku baca balik IM aku dengan akak aku. Yang paling penting, ape yang tertera kat gambar tu bagi aku paling aku tak boleh lupa. Korang pernah tak belajar dekat internet especially dekat Facebook? Jangan  buat tak tau la pulak en Facebook tu ape. Jarang kita dengar belajar sama2 dekat Facebook kan? Terutamanye pelajar2 sekolah menengah ataupon remaja2 sekarang dekat luar tu. Ok, bukan itu aku nak cakap.

Bagi aku, takde la banyak sangat kenangan aku dengan akak aku ni. Tapi aku dah anggap dia macam akak sendiri, sebab cara dia lain sangat. Tak macam perempuan2 yang aku kenal sebelum ni terutamanye senior, nak kata masuk Voka? Tak jugak kot, orang punye perangai bukannye berubah dari tempat kan? Hahaa, mengarut ape dah ni.

Kat dalam gambar tu IM aku nak belajar buat essay sejarah. Ok, abaikan ejaan di dalam gambar tu yerk. Masa belajar sejarah tu memang confident sangat belajar dengan dia, walaupon dia terangkan sikit. Nak tau ape keputusan kerja tu? Markah penuh tau ! Jangan main2, dah la baru 1 minggu je belajar kat KV masa tu, tau2 jer markah penuh. Orang lain ramai tanya, aku belajar dari sapa. Aku cakap je la, Senior Aspuri ajar. Hehe, cover la skit en.

Sebenarnye banyak lagi kenangan aku dengan akak aku tu, tapi aku cuma rindu nak bergurau, berbual, berrr berr zZzz ntah lah. Aku tengok balik IM aku dengan dia. Aku pon tak tau nak cakap macam mana, sebab aku rindu sangat dengan akak aku. Ape jadi aku dengan dia? Haihh, malas la nak cerita. Aku sebenarnye serabut kalau fikir pasal dia. Nak kata sebab ape pon tak tau, mungkin ni perselisihan faham agaknye. Aku terlalu ikutkan perasaan sangat sampai aku dah jadi ape.

Ayat ni untuk akak aku, kalau dia baca blog aku la. Kalau dia tak baca takper, kalau korang nak baca suka korang la.

"Kak, tau tak adik rindu kat akak sebenarnye? Rindu sangat2, adik tau yang adik ni berubah tapi hakikatnye adik tak tau dari mana silapnye cara adik ni. Sumpah kak, adik tak tau mana silapnye cara adik ni. Kak, kalau akak bagi peluang untuk adik perbetulkan salah adik boleh? Dan, pasal si S***mi tu tolong abaikan ok? Adik dengan dia dah ok, adik nak cerita pon tak sampai hati kak. Sebab ianya sakit pada adik. Tolong kak, bagi adik peluang perbetulkan ape yang adik salah amik point sampai adik jadi tak terurus? Sebab adik rindukan akak. Mungkin ape yang terjadi hari Jumaat sebelum cuti dan semalam adalah pembalasan untuk adik. Kak, maafkan adik."

Yang ikhlas
Afiq Bin Hanifah
PC Ruang Tamu
9 June 2012
3.57 am


Thursday 7 June 2012

Dah ke kota, jangan lupa desa ..

Hai, aku tak berapa sihat lah sekarang. Rasa badan panas2, selsema. Hmm, kes hari ni kot. Hari ni?

7 June 2012, Pukul 10.00 am

Aku sebenarnye orang yang tak puas berjalan, lagi2 Raleigh GTS aku ni dah boleh lenjan jauh. Memang aku tak melepas lah peluang cuti ni berjalan2 dengan Raleigh GTS ni. Haha, oh ! aku pergi mana hari ni?

Hari ini, aku pergi Pekan Nenas dekat Pontian. Tapi perjalanan dia lain tau, bukan pergi balik. Tapi 1 pusingan, macam mana tu? Haha, sebenarnye trip ni bapak aku yang cadang. Tapi tak kesampaian oleh bapak aku sebab bapak aku ni Beginner lagi dalam berbasikal. Yela, aku dah 1 tahun main basikal. Bapak aku baru je start tahun ni. Perjalanan dia macam ni, dari rumah pergi ke Gunung Pulai. Lepas tu pergi Pekan Nanas, kemudian pergi Skudai, seterusnye keluar kat jalan besar pergi Senai lepas tu sampai Kulai balik la rumah. Haha, mengarut pulak kalau dengar. Tapi prestasi hari ni agak kurang la, sebab aku tak cukup rehat. Angin pulak kuat hari ni, jadi nak laju tak boleh laju sangat la. Oleh kerana aku nak sangat buat rekod, lenjan ajer la lajunye berapa.

Tapi yang penting, perjalanan aku puas hati la jugak. Dekat Pekan Nanas tu ade satu kilang tau, kilang Shimano. Ape tu? Itu lah kilang buat barang2 basikal terkemuka kat dunia ni. Rasanya kat Malaysia ni, Johor punye kilang kat situ lah kot. Haha, nanti nak kerje situ la. Naik Raleigh GTS, haha. Cakap beria2 plak en. Btw, aku takde ape nak cerita sangat pasal perjalanan aku hari ni sebab perjalanan hari ini sebenarnye agak lancar dan tiada kecelakaan berlaku. Kata2 terakhir, syukur alhamdulillah.


PC Ruang Tamu
11.07 pm
7 June 2012

Monday 4 June 2012

Raleigh GTS telah menawan Johor Bahru

Hey, dah lama jugak aku tak tulis kat blog ni. Mungkin aku takde mood kot nak cerita. Ok, hari ni aku nak cerita pasal ape? Oh, aku pergi JB tadi.

Pada 4 June 2012, pukul 10.30 am

Sebenarnye pada mulanya aku, Daus dengan Wan nak pergi JB awal2 pagi lagi, iaitu pukul 7 pagi, tapi tak kesampaian sebab masa tu aku bangun lambat, hujan renyai lagi pulak tu. Tapi pergi jugak lah kan sebab aku yang nak. Mula jer nak gerak JB tu dari McD Kulai, dekat jer kot dengan rumah aku. Masa berjalan tu takde ape2 masalah lah, masing2 relex jer mengayuh. Sampai jer dekat City Square tu lebih kurang 1 jam 15 minit berjalan tanpa henti, pergi la satu kedai runcit tu nak beli air,beli air mineral jer la sebab botol air aku pon dah kosong masa tu, tapi malangnye botol air aku dekat basikal aku hilang masa aku pergi beli air tu. Hmmmm, sedih la en sebab botol tu mak aku punye, mungkin takde rezeki la kot.

Lepas tu pergi la depan CS jap, lepak kat situ. Bila dah bosan aku ajak la Wan dengan Daus pergi Stulang Laut. Diorang memang relex jer, maklum la masa tu cuaca elok, redup jer. Sampai Stulang Laut, lepak lah sekejap, tengok pemandangan laut kat situ. Yang penting masa tu tengah lapar, makan la kejap kat situ. Ade pulak pergi jauh2 mengayuh tak lapar? Tipu sangat lah en, haha.

Lepas jer kitorang makan dan minum dekat situ, si Daus ni ade cakap yang dia nak pergi Nusajaya. Tanpa pikir panjang, si Wan ni ok jer. Dia tak membantah, sebab dia suka berjalan2. Aku pon pergi jer la, tapi aku cakap kat diorang aku nak pergi Perling dulu, pergi kedai basikal yang bapak aku hantar pasangkan gear dekat Raleigh GTS aku tu. Nak terkejutkan tuan kedai basikal tu, maklum la dia kenal bapak aku. Nak pergi Perling tu dari Stulang memang jauh la, jalan nak pergi Perling tu dah la naik bukit gila. Pergh! melarat la jugak naik jambatan Danga tu, nak kata tinggi mana aku pon tak leh cakap. Lagi2 cuaca bertukar menjadi panas. Huuhhh, memang gila betol kitaorang, lenjan ajerk pergi kedai basikal tu.

Tapi, hajat nak pergi Nusajaya memang tak kesampaian. Sebab ape? Jalan jauh wooohh, kena ikut highway, jalan biasa takde. Kitaorang pergi Sutera Mall jer, tapi Daus basikal dia pulak ade masalah. Rantai dia dah rosak, terpaksa la dia tinggal kat rumah nenek dia kat situ. Nasib baik nenek dia dok situ, kalau tak? Macam mana lah en dia nak balik. Jauh lagi tu dari Skudai nak ke Kulai, memang nasib baik jugak lah.


Inilah kali pertama aku berjalan yang paling lama dan jauh yang tak pernah aku cuba. Tapi aku nak ucapkan terima kasih pada member aku yang bernama Amer, sebab? Kerana dia, aku berani menjejakkan diri ke Johor Bahru. Terima kasih Amer, sekarang dia dah takde kat Kulai, dia dah kat Gombak, Kuala Lumpur. Hmmm, sedih tau bila dapat tau dia pindah. Tak sempat pon jumpa dia masa balik dari Kediaman.

PC Ruang Tamu
12.06 am
5 June 2012

Saturday 21 April 2012

Ke Taman Sri Pulai

Hai, dah lama la jugak en aku tak update blog aku ni. Sebab aku takde cerita nak cerita kat sini. Tapi hari ni aku nak cerita, ape yang aku buat semalam. Kalau nak percaya ke atau tak, terpulang lah. Petang ni aku balik Kediaman aku. Takper lah kan? Hidup pelajar Kolej kena la terima cabaran.

Pada 21 April 2012, pukul 2:30 a.m
Aku memulakan kayuhan aku dari rumah aku ke Skudai. Destinasi aku hanya untuk pergi ke Skudai dan pulang semula ke rumah, tapi aku melencong ke Taman Sri Pulai. Sebab apa?

Sebenarnye aku nak cari kedai jer, nak beli air 100 Plus. Maklumlah, penat mengayuh takkan la tak nak minum air, pembohong sangat mengayuh takde minum air langsung. Masa aku mengayuh dari rumah sampai ke Sri Pulai tu boleh tahan la jgak lajunye, amik masa dalam 50 minit jugak. Tapi tak tau la kalau orang dah Professional pakai basikal lagi power dalam 30 minit jer.

Aku kat Sri Pulai sekejap jer, tak lama. Sebab aku nak beli air jer, kat mana aku beli? dekat Restoran Kassim. Restoran tu selalu pergi masa dah nak pindah Kulai, masa tu pergi rumah dekat Kangkar Pulai kalau tak silap. Rumah dekat Kangkar Pulai tu dah tak duduk lagi, buat sewa jer. Maklum lah, rumah tu kecik, tak sesuai lagi nak duduk untuk keluarga yang ade 3 orang anak.

Lepas jer berehat kat Sri Pulai dalam 5 minit jer kot, tak lama. Seriously, sekejap jer aku rehat kat situ sebab aku nak sampai rumah cepat sikit. Maklumlah pukul 6 tu adik aku bangun kejut bapak aku sebab nak suruh hantar pergi sekolah, sebab semalam ade sekolah ganti.

Masa mengayuh  balik tu, pertama kali la kaki aku sakit yang berlainan. Sakit dia macam lenguh, mungkin sebab belum biasa jalan jauh lagi kan. Sebelum ni paling jauh pon pergi Gunung Pulai jer, dalam 20 km tapi jalan tak extreme macam aku berjalan semalam.

Sampai hari ni lenguh dia tak baik lagi. Nak cangkung tak boleh, nak bengkokkan kaki sekejap tak boleh, sebab sakit. Mungkin ini lah pengalaman pertama aku berbasikal jarak jauh yang mungkin aku takkan lupakan. Tapi pengalaman ni amat berharga untuk aku, sebagai rider basikal solo.

Tapi, aku bukan berjalan dengan Raleigh GTS, aku berjalan dengan XCR Pro. Haha, itu bapak aku punya basikal. Sebab bapak aku pon dah mula mengayuh macam aku, aku harap sangat kalau bapak aku dengan aku sama kuat, boleh saing dengan aku berjalan jauh. InsyaAllah, amin ya rabbal alamin.


Afiq Raleigh GTS™
21 April 2012 10:27 am
PC Ruang Tamu

Saturday 17 March 2012

Mengapa kita melepaskan rindu di saat2 terakhir?

Hai semua, mintak maaflah pasal post yang lepas2. Mungkin aku ade sakitkan hati korang dengan ayat kasar terutamanya post aku bercakap dengan diri aku sendiri. Aku minggu cuti ni tak berapa ok lah. Haihh, ntah lah. Mungkin aku ni ikutkan sangat perasaan aku ni, terlalu mengharap sampai nak tenangkan diri sekejap pon tak boleh.

Ok lah, bukan itu aku nak cerita sekarang. Mintak maaf, tajuk aku dah tertera di atas tu kan? Hehe, kebanyakkan dalam dunia ni kan, ramai yang lepaskan rindu di saat akhir. Kenapa yek? Nak tau sekarang ker? Kalau yang dah tau tu, tak yah cakap apa2 lah eh. Yang tak tau tu, nanti aku bagitau. Apa2 pon, aku bukan nak cerita pasal orang. Tapi aku nak cerita benda yang aku sayang.

Hari semalam iaitu pada pukul 9:43 pm 16 March 2012. Aku dengan kawan aku yang bernama Firdaus, aku panggil dia Daus jer. Pergi convoi berbasikal Fixie dengan MTB. Tapi paling ramai join MTB lah kan. Aku rasa takde ape kot nak cerita pasal convoi tu. Tapi pada hari ni pulak pada pukul 12:37 pm 17 March 2012. Aku dengan Daus pergi jalan2 satu Kulai. Haha, takde la satu Kulai. Setakat pergi Taman Kota dengan Taman Putri jer.

Ape kena mengena dengan cerita aku pergi convoi dengan berjalan dengan kawan aku si Daus tu? Haha, ini aku baru nak cerita. Pernah baca tak post aku pasal Raleigh GTS? Tak pernah? Kalau tak pernah tu baca la sekejap. Nanti sambung balik kat sini.

Sebenarnye aku tak sampai hati nak keluarkan Raleigh GTS aku tu berjalan jauh, sebab dia dah tak mampu nak berlasak2 macam dulu. Dulu? Perghh, jangan cakap. Dulu dia power, berjalan kemana takde hal. Laju, steady jer jalan jauh2. Sekarang? Hmmm, sedih aku sejak kejadian masa raya cina aritu. Haihh, serious aku nangis masa  tu!



 Ok, ini lah Raleigh GTS yang dulu. Macam Fixie ker? Opps, tidak. Dia bukan Fixie tapi die MTB tapi aku pakai tayar Maxxis Detonator yang khas untuk main dekat jalan biasa. Haiihh, aku rindu Raleigh GTS yang ni. Sekarang dia macam mana?





Haihh, yang atas tu lagi garang aku tengok. Sejak bertukar jadi yang bawah ni, pilu hati aku tengok si Raleigh GTS ni. Apa yang bertukar? Kalau aku cerita korang tak faham, sebab korang bukannya layan basikal sangat kan? Hmmm, tapi aku nak ucapkan kat die terima kasih. Sebab die sudi bawak aku jalan2 dan bagi aku join pergi convoi semalam. Esok aku dah balik Kediaman Kolej Vokasional Kluang. Hmm, terima kasih Raleigh GTS sebab sudi bersama aku di saat terakhir aku cuti. Aku sayang kau !

(Mengapa kita melepaskan rindu di saat2 terakhir? Kerana di saat2 akhir itulah kenangan paling manis untuk kita)

Afiq Raleigh GTS™
11:38 pm 17 March 2012
PC Ruang Tamu

Thursday 15 March 2012

Bercakap dengan diri sendiri

Bacalah kalau sudi, lebih baik pergi daripada korang disakiti oleh blog yang aku tulis sekarang ni.

Afiq, aku nak tanya ko. Kenapa ko menangis sekarang ni? Jawab soalan aku! Heh, kenapa? Ko jelous eh tengok benda tadi? Eh, kejap. Benda apa eh? Haha, pembaca semua nak tau wei. Cakap la cepat! Eh, degil ko eh? Cakap la! Kenapa ko nangis? Apa masalah ko sebenarnye ni? Dulu ko kuat, tak macam sekarang ko makin mood, lemah, tak semangat. Apende ko ni? Ko ingat aku suka ker ko macam ni? Ha? Hehey! Muka gangster nangis ker? Cucu Sulung pon nangis ker? Malu wei cousin ko tau. Oh, lupa. Ko kan Ketua Kelas 1 Teknologi Automotif 2 kan? Haha! Menangis?

Afiq Bin Hanifah, kau teruk! Sejak kebelakangan ni kau makin pelik! Tak tentu arah aku tengok! Berapa umur ko sekarang? Ohh, 16 Tahun! Anak Sulung, Cucu Sulung lagi tu. Perangai? Heh, masih lagi belum Matang! Benda kecik nak menangis, eh? Kecik ker? Ok, aku akan cakap tak. Kenapa? Sebab aku tau, benda ko tengok tu mengganggu emosi ko kan? Tapi ko kena la terima, benda tu aku rasa dah lama. Ko dah lupa ker ade orang pesan semalam? Benda dah lama, perlu ke dikenang? Perlu, tapi jangan diikut. Haihh, ko ni Afiq. Ko dah lupa eh ape pesanan ayah ko masa 9 January 2012? Iaitu hari pertama ko tinggal di Kediaman Kolej Vokasional Kluang. Ingat? Ape dia? "Jadilah lelaki"

Afiq Bin Hanifah, pesanan yang ringkas daripada ayah ko tu sangat bermakna tau. Ringkas, tetapi? Memberi makna yang besar! Afiq, jadilah lelaki. Sepertimana yang aku kenal ko dulu, itulah yang aku suka. Itulah yang aku bangga tengok ko jadi Afiq yang sebenar, bukan macam sekarang. Dah lah Afiq, jangan macam ni lagi tau. Macam mana ko nak jaga akak ko kalau ko pon tak reti jaga diri ko? Hmm, ok. Aku faham perasaan ko. Takperlah, mungkin ni ujian untuk ko. Ko kena ingat Allah SWT selalu ade pada kita. Ok? Nanti lama2 ko faham lah kenapa ko macam ni. Ok lah Afiq, itu jer aku boleh nasihat dekat ko. Mintak maaf sebab berkasar dengan ko.

Afiq Raleigh GTS™
12:16 am 16 March 2012
PC Ruang Tamu

Wednesday 14 March 2012

Di awal pagi yang sunyi

Hai, sekarang ni dah pukul berapa yer? Oh ye, tunggu. Maksud aku waktu aku tengah nak menulis blog ni. Bukan waktu korang tengah nak baca sekarang ni. Ok la, sekarang pukul 12:45 am iaitu pada hari Khamis 15 March 2012. Eh? korang dah tidur kan masa ni? Mesti lah kan? Mata korang tu en mana la larat nak overnight lagi2 korang kan cepat letih? Haha, aku jer yang selalu sangat tidur lambat. Kenapa eh aku selalu sangat tidur lambat?

Aku sebenarnye tengah buat assignment, pasal Pendidikan Kesihatan iaitu Undang-Undang Permainan Badminton. Pelik en? Kolej Vokasional kena buat pasal Sukan? Pergh ! Tak menyirap pulak en. Kalau cari pasal Automotif, confirm memang aku tak tidur sebab aku seronok sangat nak amik tahu pasal minat aku en. Ape benda la Tuan Pengarah Kolej Vokasional Kluang ni, benda alah ni pun ko nak suruh kitorang amik kira? Aku tau la dalam rangkap lirik lagu Kolej Vokasional Kluang ade Pendidikan, Akademik, Vokasional dan Kokurikulum. Tapi takyah la sampai nak amik markah pasal teori Pendidikan Jasmani dan Kesihatan en? Sedangkan Sekolah Menengah Kebangsaan pon tak amik kira. Ok, tukar topic. Bukan tu aku nak cerita.

Aku rasa sunyi sangat pagi ni. Kenapa eh? Boleh bagitau tak? Aku pon tak tau la en kenapa aku rasa sunyi. Rindu seseorang? Siapa agaknya? Siapa pulak awek aku? Couple pon takde. Jangan mengarut lah. Hey! Pelajar Kolej perlu ke Couple2 ni? Ish! Jangan nak mengada2 sangat lah kan? Hehe, sorry. Aku gurau jer lah.

Sebenarnyakan, aku sunyi sebab die tak macam dulu tau. Siapa? Ok, teka lah siapa dia. Yang penting dia tu bukan awek aku. Petang tadi dekat Facebook seronok sangat bila die dengan aku bercerita pasal Sejarah Hidup Dahulu dan Sekarang. Opps, maaf. Bukan petang tadi, maksud aku petang semalam. Macam2 la kitorang kongsi pengalaman masa dekat area lama. Faham2 jer la area lama tu. Ok, dulu dia duduk KL. Tak tahu lah berapa lama. Aku pulak duduk SA. Kat mana tu? Shah Alam la. Aku duduk SA boleh kata lama la jugak, tapi tak lah lama sangat. Dalam 6 tahun jer. 4 tahun Sekolah Rendah dan 2 tahun Sekolah Menengah kat sana. Si dia pulak? Aku pon tak tau, malas lah pulak en nak tanya sebab kitaorang cerita pasal pengalaman pahit dan buruk semasa di tempat lama yang sosialnye banyak.

Sekarang aku dengan dia tinggal kat mana pulak? Haha, kitorang stay kat negeri Johor la. Tapi berlainan daerah. Di mana? Aku duduk kat area Kulai, dia pulak? Tak payah tau la, nanti sibuk pulak korang nak cari dia. Ape yang aku nak cakap, aku rindu sangat kat dia. Minggu ni boleh pulak aku tak dapat nak jumpa die, especially outing. Memang betul lah en aku ni F A iaitu Forever Alone. Ntah lah, memang takde rezeki lah kot nak jumpa dia. Apa2 pon, terima kasih kerana sudi baca luahan aku dekat Blog aku ni. Sayang korang !

Afiq Raleigh GTS™
1:11 am 15 March 2012
PC Ruang Tamu

Tuesday 13 March 2012

Mandi hujan di depan City Square

Hai, aku hari ni sebenarnye nak pergi The Zon Shopping Mall dekat Stulang. Tapi tak dapat. Aku berhenti dekat City Square sebab aku nak cari bas pergi Stulang. Tapi takde la plak bas nak pergi Stulang. Kalau tak dah lama dah aku pergi The Zon.

Ok, hari ni aku dekat City Square lagi aku buat ape? Dalam sejam aku jalan2 kat situ, dekat luar macam biasa la, tengok pemandangan. Tiba2 plak hujan en? Ape lagi, redah jer la. Buat2 tak tau. Yang penting aku buang tension aku. Hehe, tapi terserempak pulak dengan member skolah lama aku. Tapi tegur jer la, tak ikut pon diorang. Kenapa? Ntah, aku takde mood pulak nak ikut. Lagi2 tak di jemput. Balik pon sorang, tak ikut diorang.

Tapi dalam bas tadi, sejuk gila. Macam tak pakai baju pon ade. Boleh plak on the way nak balik tu jam. Kereta banyak, dalam sejam baru sampai tempat destinasi. Sejuk die jangan cakap, punye la lama aku tahan. Tapi ape aku boleh cakap, aku rasa tenang sikit bila dapat keluar daripada duduk rumah terperap tak buat ape. Mungkin mulai besok aku dah tak keluar rumah kot, sebab aku nak siapkan assignment dan kerja yang diberi oleh guru Kolej Vokasional Kluang. Itu sahaja cerita aku kat sini. Terima kasih kerana sudi baca.



Afiq Raleigh GTS™
8:32 pm 13 March 2012
PC Ruang Tamu

Monday 12 March 2012

Hati aku tetap dekat Raleigh GTS

Hai, hari ni tak tau la nak cerita pasal ape. Tapi yang aku tau, aku rindu sangat nak berjalan2 dengan Raleigh GTS aku ni. Yela, die tak cantik macam awek korang, die tak handsome macam pakwe korang. Bagi aku, Raleigh GTS ni la teman aku. Tapi sejak aku masuk Kolej Vokasional Kluang dan tinggal di Kediaman Kolej Vokasional Kluang. Satu perkara malang dah terjadi kat dia. Aku malas la nak cerita, aku boleh nangis kalau aku cerita. Sebab, sejak daripada kejadian tu aku dah tak dapat nak jalan2 dengan Raleigh GTS aku ni. Aku dengan Raleigh GTS ni aku dah anggap dia macam nyawa aku sendiri. Sakit dia memang tak macam sakit manusia. Tapi dia la teman hidup aku dan dia la yang kenalkan aku apa itu dunia.

Raleigh GTS, aku sayang ko sangat2. Aku janji aku akan pulihkan ko. Nanti kita jalan sama2 tau. Bosan la asyik naik bas jer pergi JB. Ko pon nak jugak kan tengok JB tu macam mana kan? Ko lahir dekat Kulai, aku nak ko tengok bandar utama negeri yang ko lahir tu macam mana. Walaupon aku lahir kat Batu Pahat, ko lahir kat Kulai, aku nak kita sama2 tengok negeri kita ni. Tak kira jauh atau dekat.


Afiq Raleigh GTS™
11:44 am 13 March 2012
PC Ruang Tamu





Aku nak buat ape ye masa tengah bosan ni?

Hai, maaflah walaupon tak de makne ape aku nak cakap ni. Tapi seriously aku tengah bosan ni. Boleh bagi pendapat tak nak buat ape masa bosan? Bosan sudah melanda dalam diri aku. Takkan aku nak hisap rokok pulak en? Baik aku minum 10 tin Red Bull ker, lagi nikmat. Manis pulak tu! HAHA..

Besok aku nak outing lagi la. Tapi takkan nak gi City Square jer? Bosan la jugak kan. Kalau lah basikal aku elok, dah lama aku cuba nak redah Skudai ker, Danga Bay ker, Stulang Laut ker. Aku ni dah berapa bulan tak mengayuh basikal ni.

Takper la, mulai minggu depan. Masuk asrama, aku tak nak pakai langsung duit belanja tu. Aku nak simpan buat modal untuk ganti rim basikal aku yang dah bengkok. Berapa agak2 modal nak beli rim baru? Rim tu mesti la ade tempat untuk letak Brake Disc dan Sprocket 8 Speed. Silap2 RM 200++ kot. Bukannye murah nak gantikan barang yang berkuality especially basikal aku tu Raleigh, bukannye kapcai2 yang korang ingat basikal budak2 tu.

Fixie? Sorry la, aku bukannye budak Fixie, tapi aku rider MTB yang bertujuan untuk berjalan2 di kawasan bandar, bukan hutan.

Afiq Raleigh GTS™
10:56 pm 12 March 2012
Laptop ayah

Hari yang paling sunyi

Hey, kamu semua ade rasa apa2 tak hari ni? Pada hari ini iaitu Isnin, 12 March 2012 pada pukul 2:39 pm.

Aku berasa sunyi sangat, tetapi dengan hati yang tak senang. Kenapa eh?

Aku pon tak tau lah kan, sebelum2 ni aku tak pernah rasa macam ni. Seriously, sejak aku umur 16 tahun dan tinggal di Kediaman Kolej Vokasional Kluang, perasaan aku dah banyak berubah. Kadang2 waktu aku ok, aku tak ok. Waktu aku seronok, aku tak seronok. Waktu aku relax, aku tak relax. Benda paling banyak yang datang ialah sedih, moody, menangis, tak sedap hati dan benda2 yang tak baik datang kat aku.

Semasa aku di hadapan City Square pada hari semalam, aku berseorangan pada waktu ni. Sebab tiada sesiapa sudi menemani aku waktu ni. Hari ini kemanakah hala tuju ku? Danga Bay? Angsana? Johor Bahru bukanlah tempat asal aku, tetapi ia adalah bandar utama di negeri yang aku lahir.

Afiq Raleigh GTS™
2:47 pm 12 March 2012
PC Ruang Tamu

Sunday 11 March 2012

Hari yang aku berasa ingin menulis di blog

Aku sebenarnye tak berminat nak menaip dekat blog ni, tapi perasaan aku untuk menaip di blog ni datang sendiri. Aku pon tak tau la kan kenapa.

Pada hari ini, iaitu Isnin 12 March 2012 pada pukul 3:18 am.

Aku rasa tension, sedih, susah dan macam2 lagi. Aku dah tak tau nak cerita kat siapa lagi. Aku rasa kat sini jer la tempat sesuai untuk aku cerita untuk diri sendiri.

Aku sekarang ni cemburu bila tengok adik akak aku yang dulu tegur akak aku balik, aku rasa macam nak nangis sebab dia datang balik kat akak aku. Bila aku tengok, rupanya gambar die dengan laki kat dalam facebook tu rupanya adik dia. Patut la akak aku cakap, aku ni mengingatkan adik dia yang dulu. Yelakan, mungkin aku tak sebaik adik dia yang dulu tu, cuma cara aku jer mengingatkan adik dia yang dulu.

Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi, dah meleleh dah air mata ni. Yela kan, korang mesti tak faham perasaan aku macam mana dengan akak aku tu. Ok la, bye.

Afiq Raleigh GTS™
3: 28 pm 12 March 2012
PC Ruang Tamu