Friday 8 June 2012

Rindu

Hai, sekarang dah pukul 3 am. Aku tak ngantuk lagi la, haha. Aku buat ape jer? Aku baru jer lepas makan Maggie Ayam 2 bungkus dan minum air Milo Ais 1 cawan. Ok, kenyang. Hmm, aku sebenarnye rindu la kat akak aku. Kenapa?


Aku dari pukul 1 lebih tadi, aku baca balik IM aku dengan akak aku. Yang paling penting, ape yang tertera kat gambar tu bagi aku paling aku tak boleh lupa. Korang pernah tak belajar dekat internet especially dekat Facebook? Jangan  buat tak tau la pulak en Facebook tu ape. Jarang kita dengar belajar sama2 dekat Facebook kan? Terutamanye pelajar2 sekolah menengah ataupon remaja2 sekarang dekat luar tu. Ok, bukan itu aku nak cakap.

Bagi aku, takde la banyak sangat kenangan aku dengan akak aku ni. Tapi aku dah anggap dia macam akak sendiri, sebab cara dia lain sangat. Tak macam perempuan2 yang aku kenal sebelum ni terutamanye senior, nak kata masuk Voka? Tak jugak kot, orang punye perangai bukannye berubah dari tempat kan? Hahaa, mengarut ape dah ni.

Kat dalam gambar tu IM aku nak belajar buat essay sejarah. Ok, abaikan ejaan di dalam gambar tu yerk. Masa belajar sejarah tu memang confident sangat belajar dengan dia, walaupon dia terangkan sikit. Nak tau ape keputusan kerja tu? Markah penuh tau ! Jangan main2, dah la baru 1 minggu je belajar kat KV masa tu, tau2 jer markah penuh. Orang lain ramai tanya, aku belajar dari sapa. Aku cakap je la, Senior Aspuri ajar. Hehe, cover la skit en.

Sebenarnye banyak lagi kenangan aku dengan akak aku tu, tapi aku cuma rindu nak bergurau, berbual, berrr berr zZzz ntah lah. Aku tengok balik IM aku dengan dia. Aku pon tak tau nak cakap macam mana, sebab aku rindu sangat dengan akak aku. Ape jadi aku dengan dia? Haihh, malas la nak cerita. Aku sebenarnye serabut kalau fikir pasal dia. Nak kata sebab ape pon tak tau, mungkin ni perselisihan faham agaknye. Aku terlalu ikutkan perasaan sangat sampai aku dah jadi ape.

Ayat ni untuk akak aku, kalau dia baca blog aku la. Kalau dia tak baca takper, kalau korang nak baca suka korang la.

"Kak, tau tak adik rindu kat akak sebenarnye? Rindu sangat2, adik tau yang adik ni berubah tapi hakikatnye adik tak tau dari mana silapnye cara adik ni. Sumpah kak, adik tak tau mana silapnye cara adik ni. Kak, kalau akak bagi peluang untuk adik perbetulkan salah adik boleh? Dan, pasal si S***mi tu tolong abaikan ok? Adik dengan dia dah ok, adik nak cerita pon tak sampai hati kak. Sebab ianya sakit pada adik. Tolong kak, bagi adik peluang perbetulkan ape yang adik salah amik point sampai adik jadi tak terurus? Sebab adik rindukan akak. Mungkin ape yang terjadi hari Jumaat sebelum cuti dan semalam adalah pembalasan untuk adik. Kak, maafkan adik."

Yang ikhlas
Afiq Bin Hanifah
PC Ruang Tamu
9 June 2012
3.57 am


Thursday 7 June 2012

Dah ke kota, jangan lupa desa ..

Hai, aku tak berapa sihat lah sekarang. Rasa badan panas2, selsema. Hmm, kes hari ni kot. Hari ni?

7 June 2012, Pukul 10.00 am

Aku sebenarnye orang yang tak puas berjalan, lagi2 Raleigh GTS aku ni dah boleh lenjan jauh. Memang aku tak melepas lah peluang cuti ni berjalan2 dengan Raleigh GTS ni. Haha, oh ! aku pergi mana hari ni?

Hari ini, aku pergi Pekan Nenas dekat Pontian. Tapi perjalanan dia lain tau, bukan pergi balik. Tapi 1 pusingan, macam mana tu? Haha, sebenarnye trip ni bapak aku yang cadang. Tapi tak kesampaian oleh bapak aku sebab bapak aku ni Beginner lagi dalam berbasikal. Yela, aku dah 1 tahun main basikal. Bapak aku baru je start tahun ni. Perjalanan dia macam ni, dari rumah pergi ke Gunung Pulai. Lepas tu pergi Pekan Nanas, kemudian pergi Skudai, seterusnye keluar kat jalan besar pergi Senai lepas tu sampai Kulai balik la rumah. Haha, mengarut pulak kalau dengar. Tapi prestasi hari ni agak kurang la, sebab aku tak cukup rehat. Angin pulak kuat hari ni, jadi nak laju tak boleh laju sangat la. Oleh kerana aku nak sangat buat rekod, lenjan ajer la lajunye berapa.

Tapi yang penting, perjalanan aku puas hati la jugak. Dekat Pekan Nanas tu ade satu kilang tau, kilang Shimano. Ape tu? Itu lah kilang buat barang2 basikal terkemuka kat dunia ni. Rasanya kat Malaysia ni, Johor punye kilang kat situ lah kot. Haha, nanti nak kerje situ la. Naik Raleigh GTS, haha. Cakap beria2 plak en. Btw, aku takde ape nak cerita sangat pasal perjalanan aku hari ni sebab perjalanan hari ini sebenarnye agak lancar dan tiada kecelakaan berlaku. Kata2 terakhir, syukur alhamdulillah.


PC Ruang Tamu
11.07 pm
7 June 2012

Monday 4 June 2012

Raleigh GTS telah menawan Johor Bahru

Hey, dah lama jugak aku tak tulis kat blog ni. Mungkin aku takde mood kot nak cerita. Ok, hari ni aku nak cerita pasal ape? Oh, aku pergi JB tadi.

Pada 4 June 2012, pukul 10.30 am

Sebenarnye pada mulanya aku, Daus dengan Wan nak pergi JB awal2 pagi lagi, iaitu pukul 7 pagi, tapi tak kesampaian sebab masa tu aku bangun lambat, hujan renyai lagi pulak tu. Tapi pergi jugak lah kan sebab aku yang nak. Mula jer nak gerak JB tu dari McD Kulai, dekat jer kot dengan rumah aku. Masa berjalan tu takde ape2 masalah lah, masing2 relex jer mengayuh. Sampai jer dekat City Square tu lebih kurang 1 jam 15 minit berjalan tanpa henti, pergi la satu kedai runcit tu nak beli air,beli air mineral jer la sebab botol air aku pon dah kosong masa tu, tapi malangnye botol air aku dekat basikal aku hilang masa aku pergi beli air tu. Hmmmm, sedih la en sebab botol tu mak aku punye, mungkin takde rezeki la kot.

Lepas tu pergi la depan CS jap, lepak kat situ. Bila dah bosan aku ajak la Wan dengan Daus pergi Stulang Laut. Diorang memang relex jer, maklum la masa tu cuaca elok, redup jer. Sampai Stulang Laut, lepak lah sekejap, tengok pemandangan laut kat situ. Yang penting masa tu tengah lapar, makan la kejap kat situ. Ade pulak pergi jauh2 mengayuh tak lapar? Tipu sangat lah en, haha.

Lepas jer kitorang makan dan minum dekat situ, si Daus ni ade cakap yang dia nak pergi Nusajaya. Tanpa pikir panjang, si Wan ni ok jer. Dia tak membantah, sebab dia suka berjalan2. Aku pon pergi jer la, tapi aku cakap kat diorang aku nak pergi Perling dulu, pergi kedai basikal yang bapak aku hantar pasangkan gear dekat Raleigh GTS aku tu. Nak terkejutkan tuan kedai basikal tu, maklum la dia kenal bapak aku. Nak pergi Perling tu dari Stulang memang jauh la, jalan nak pergi Perling tu dah la naik bukit gila. Pergh! melarat la jugak naik jambatan Danga tu, nak kata tinggi mana aku pon tak leh cakap. Lagi2 cuaca bertukar menjadi panas. Huuhhh, memang gila betol kitaorang, lenjan ajerk pergi kedai basikal tu.

Tapi, hajat nak pergi Nusajaya memang tak kesampaian. Sebab ape? Jalan jauh wooohh, kena ikut highway, jalan biasa takde. Kitaorang pergi Sutera Mall jer, tapi Daus basikal dia pulak ade masalah. Rantai dia dah rosak, terpaksa la dia tinggal kat rumah nenek dia kat situ. Nasib baik nenek dia dok situ, kalau tak? Macam mana lah en dia nak balik. Jauh lagi tu dari Skudai nak ke Kulai, memang nasib baik jugak lah.


Inilah kali pertama aku berjalan yang paling lama dan jauh yang tak pernah aku cuba. Tapi aku nak ucapkan terima kasih pada member aku yang bernama Amer, sebab? Kerana dia, aku berani menjejakkan diri ke Johor Bahru. Terima kasih Amer, sekarang dia dah takde kat Kulai, dia dah kat Gombak, Kuala Lumpur. Hmmm, sedih tau bila dapat tau dia pindah. Tak sempat pon jumpa dia masa balik dari Kediaman.

PC Ruang Tamu
12.06 am
5 June 2012