Monday 4 June 2012

Raleigh GTS telah menawan Johor Bahru

Hey, dah lama jugak aku tak tulis kat blog ni. Mungkin aku takde mood kot nak cerita. Ok, hari ni aku nak cerita pasal ape? Oh, aku pergi JB tadi.

Pada 4 June 2012, pukul 10.30 am

Sebenarnye pada mulanya aku, Daus dengan Wan nak pergi JB awal2 pagi lagi, iaitu pukul 7 pagi, tapi tak kesampaian sebab masa tu aku bangun lambat, hujan renyai lagi pulak tu. Tapi pergi jugak lah kan sebab aku yang nak. Mula jer nak gerak JB tu dari McD Kulai, dekat jer kot dengan rumah aku. Masa berjalan tu takde ape2 masalah lah, masing2 relex jer mengayuh. Sampai jer dekat City Square tu lebih kurang 1 jam 15 minit berjalan tanpa henti, pergi la satu kedai runcit tu nak beli air,beli air mineral jer la sebab botol air aku pon dah kosong masa tu, tapi malangnye botol air aku dekat basikal aku hilang masa aku pergi beli air tu. Hmmmm, sedih la en sebab botol tu mak aku punye, mungkin takde rezeki la kot.

Lepas tu pergi la depan CS jap, lepak kat situ. Bila dah bosan aku ajak la Wan dengan Daus pergi Stulang Laut. Diorang memang relex jer, maklum la masa tu cuaca elok, redup jer. Sampai Stulang Laut, lepak lah sekejap, tengok pemandangan laut kat situ. Yang penting masa tu tengah lapar, makan la kejap kat situ. Ade pulak pergi jauh2 mengayuh tak lapar? Tipu sangat lah en, haha.

Lepas jer kitorang makan dan minum dekat situ, si Daus ni ade cakap yang dia nak pergi Nusajaya. Tanpa pikir panjang, si Wan ni ok jer. Dia tak membantah, sebab dia suka berjalan2. Aku pon pergi jer la, tapi aku cakap kat diorang aku nak pergi Perling dulu, pergi kedai basikal yang bapak aku hantar pasangkan gear dekat Raleigh GTS aku tu. Nak terkejutkan tuan kedai basikal tu, maklum la dia kenal bapak aku. Nak pergi Perling tu dari Stulang memang jauh la, jalan nak pergi Perling tu dah la naik bukit gila. Pergh! melarat la jugak naik jambatan Danga tu, nak kata tinggi mana aku pon tak leh cakap. Lagi2 cuaca bertukar menjadi panas. Huuhhh, memang gila betol kitaorang, lenjan ajerk pergi kedai basikal tu.

Tapi, hajat nak pergi Nusajaya memang tak kesampaian. Sebab ape? Jalan jauh wooohh, kena ikut highway, jalan biasa takde. Kitaorang pergi Sutera Mall jer, tapi Daus basikal dia pulak ade masalah. Rantai dia dah rosak, terpaksa la dia tinggal kat rumah nenek dia kat situ. Nasib baik nenek dia dok situ, kalau tak? Macam mana lah en dia nak balik. Jauh lagi tu dari Skudai nak ke Kulai, memang nasib baik jugak lah.


Inilah kali pertama aku berjalan yang paling lama dan jauh yang tak pernah aku cuba. Tapi aku nak ucapkan terima kasih pada member aku yang bernama Amer, sebab? Kerana dia, aku berani menjejakkan diri ke Johor Bahru. Terima kasih Amer, sekarang dia dah takde kat Kulai, dia dah kat Gombak, Kuala Lumpur. Hmmm, sedih tau bila dapat tau dia pindah. Tak sempat pon jumpa dia masa balik dari Kediaman.

PC Ruang Tamu
12.06 am
5 June 2012

No comments:

Post a Comment