Saturday 15 September 2012

Nama?

Hey, aku rasa aku dah lama tak update blog ni. Agak2 korang, ade citer best ker? Haha, ntah la. Aku rasa takde kot. Mesti pelik en? Asal tajuk hari ni ialah Nama? Ade kene mengena dengan perempuan? Ops, tidak sesama sekali. Mintak maaf, hehe.

Hari ini, Ahad 16 September 2012. Hari Penubuhan Malaysia, takkan tak tau kot. Membohong na? Haha, ok lupakan jer.

Raleigh GTS adalah nama pemberian oleh aku atas sebab basikal aku yang berwarna oren hitam dan bernama Raleigh pada rangka basikal tersebut dan GTS sempena fork (sepit udang) arbsorber yang aku beli kat Batu Pahat masa raya tahun lepas. Oh ya, ape maksud aku? Sebenarnye, Raleigh GTS ni sekarang dah ade pesaing. Tapi tak dapat idea nak letak nama dia apa, pesaingnye siapa? Haha, dah tentu korang tau apa dia, kalau tak gear mati dan satu gear sahaja dan tak perlu brake. Iaitu Fixie!

Ok, dulu aku tak suka Fixie dan menganjing2 budak Fixie ni atas dasar aku tertekan dengan penolakkan bapak aku untuk beli basikal Fixie ni. Jadi, atas sebab tu aku ade la plan nak buat satu basikal ni iaitu Raleigh GTS aku tu la. Tapi masa tu memang tak terfikir la nak letak nama basikal tu Raleigh GTS, nak citer pasal Raleigh GTS ni memang panjang jugak citernya. Teruskan ke Fixie ni pulak,

Sebelum aku teringin nak beli Fixie ni, masa tu sebelum bulan puasa tahun ni. Nama kawan aku tu Zuhairi, member asrama aku. Dia stay dekat Pulai Indah, JB. Masa balik sebelum esoknya bulan puasa, Pengetua sekolah aku diberi kebenaran untuk balik pukul 11, masa tu bapak aku tak dapat nak amik. Jadi Zuhairi ni ajak aku datang umah dia alang2 tumpang kawan aku lagi sorang ni, nama dia Afiq Azzfar. Di pendekkan cerita, masa aku kat rumah Zuhairi ni, nampak la sebiji Fixie yang agak kokak dan terbengkalai dengan warna catnye yang tak betul. Zuhairi cakap Fixie tu adik dia punya. Pendekkan lagi cerita, masa dah dekat asrama secara tiba2 aku nak pakai Fixie, sebab kenapa aku pon tak tau. Aku cakap kat Zuhairi ni, aku nak beli Fixie adik dia tu. Aku dengan dia deal la nak harga berapa, untuk kepastian dia suruh aku deal dengan adik dia.

Last sekali, aku mintak kat adik dia aku nak angkut RM 200 atas sebab modal aku nak buat balik Fixie yang dah kokak tu. Adik dia pon setuju dan ayah aku datang tolong angkut sekali Fixie tu bawak balik rumah. Nak dihabiskan cerita, Fixienya dah siap masa lepas cuti raya 2 minggu lepas, ini dia...

Untuk kepastian, memang aku takde nama lagi untuk Fixie aku ni. Tapi apa yang pasti, Raleigh GTS tetap legend ! Fixie? Hanya untuk kegunaan biasa dan suka2 sahaja. Terima kasih sebab sudi baca, maaflah sebab panjang sangat.

16 September 2012
8:53 am
PC Ruang Tamu