Saturday 28 September 2013

Kembalinya aku ke dunia Cycler's

Assalamualaikum, haa.. dah lama rasanya tak update blog .. Maklum la aku ni sekarang da jarang bercerita kat sini .. sekarang ni kalau korang nak tau motor bapak aku dah kena sita .. Sebab apa? Kena saman? Ubahsuai? Lumba haram? Bukan sesama sekali .. sebab kena sita tidak diketahui tetapi ia telah di sita oleh siapa ? JPJ ke Polis ? Tidak sesama sekali kerana motor aku tu disita oleh tuannya sendiri iaitu bapak aku ! Hahaha ... Kunci motor bapak aku simpan .. dia suruh lepaskan dulu ujian undang2 jalan raya berkomputer dan dapatkan L baru bapak aku kasi pakai motor ..

Ok la, kalau ye pon kan .. ape kene mengena dengan tajuk post aku sekarang ni kan ? haha... mesti tertanya2 kan ? ini lah sebabnya .. aku tak boleh pakai motor, jadi aku nak naikkan balik geng2 cycler's aku .. aku dengan rakan aku bernama Imran (fb: Iem Jaybee) korang add la dia .. hehehe, budak rare dah sekarang .. ahaha.. dia tu kira power jugak dalam geng ktorang.. tapi tetap tak leh kalahkan aku .. tak percaya ? walaupon dia kalah dengan aku tapi dia tu kaki kayuh jauh jugak tau .. jangan main2 .. pasal member aku ni Imran ni, dia yang bercadang nak buat group .. aku pon bagi la cadangan nama untuk dia dan dia bagi trademark .. dan kitaorang pon telah menubuhkan group kami setelah persetujuan semua ..




Nama: Street Cycler's (SC)

Trademark: Fixed not Dead
Area: Kulai, Johor
Jumlah Ahli: 5 orang
Page official: STREET CYCLER'S (facebook)


Dalam group kitorang masing2 ade ranking .. iaitu ranking sprinter .. dikategerikan sebagai pelumba paling pantas .. dalam ahli kitorang ni, ini lah rankingnya ..

#1 Alif Kamarulzaman (fb: Muhammad Alif Kamarulzaman)
#2 Afiq Hanifah (aku lah, siapa lagi .. hehe)
#3 Imran (fb: Iem Jaybee)
#4 Hafiz (fb: Hafiz Alias)
#5 Izat (fb: Joe Kulai)

aku bukan nak berlagak ape la en aku no. 2 .. tapi serious, masing2 ade kelebihan diorang .. kadang2 pon aku tak leh nak lawan, contoh macam Izat, dia no 5 pon tapi dia bukan calang2 orang kalau ajak lumba .. kadang2 aku pernah jgak kalah tapi tengok tempat la dan cara dia main, kadang2 ade jgak dia main tipu.. haha.. oh ye, Alif Kamarulzaman.. top 1 dalam group kitorang .. sebab ape ? aku terus bagi dia top 1 sebab dia tu memang kaki sprinter dalam fixed .. klo nak tau sangat korang online facebook, cari page ktorang search "STREET CYCLER'S" ade satu video yang group kitorang tengah lumba ade sorang tu jauh gila tinggalkan orang belakang .. kalau nak tau dia la orangnya.. aku sendiri belom pernah lumba dengan dia, sejak aku tengok dia lumba tinggalkan orang belakang tu, PERGGHH.. gerun aku nak lawan dia ... orangnya tinggi2, kaki panjang .. gila ar... tak berani aku, tapi dia spoting orangnya.. hensem jugak, tapi sorry lah .. dia tak layan perempuan .. sorry to say la semua .. bkan nak tipu ..

ok la, itu jer aku nak cerita.. panjang sangat la cerita, ahahaha... apa2 pon thanks sebab sudi baca ..

Afiq Hanifah
10:52 am 29 September 2013