Thursday 7 June 2012

Dah ke kota, jangan lupa desa ..

Hai, aku tak berapa sihat lah sekarang. Rasa badan panas2, selsema. Hmm, kes hari ni kot. Hari ni?

7 June 2012, Pukul 10.00 am

Aku sebenarnye orang yang tak puas berjalan, lagi2 Raleigh GTS aku ni dah boleh lenjan jauh. Memang aku tak melepas lah peluang cuti ni berjalan2 dengan Raleigh GTS ni. Haha, oh ! aku pergi mana hari ni?

Hari ini, aku pergi Pekan Nenas dekat Pontian. Tapi perjalanan dia lain tau, bukan pergi balik. Tapi 1 pusingan, macam mana tu? Haha, sebenarnye trip ni bapak aku yang cadang. Tapi tak kesampaian oleh bapak aku sebab bapak aku ni Beginner lagi dalam berbasikal. Yela, aku dah 1 tahun main basikal. Bapak aku baru je start tahun ni. Perjalanan dia macam ni, dari rumah pergi ke Gunung Pulai. Lepas tu pergi Pekan Nanas, kemudian pergi Skudai, seterusnye keluar kat jalan besar pergi Senai lepas tu sampai Kulai balik la rumah. Haha, mengarut pulak kalau dengar. Tapi prestasi hari ni agak kurang la, sebab aku tak cukup rehat. Angin pulak kuat hari ni, jadi nak laju tak boleh laju sangat la. Oleh kerana aku nak sangat buat rekod, lenjan ajer la lajunye berapa.

Tapi yang penting, perjalanan aku puas hati la jugak. Dekat Pekan Nanas tu ade satu kilang tau, kilang Shimano. Ape tu? Itu lah kilang buat barang2 basikal terkemuka kat dunia ni. Rasanya kat Malaysia ni, Johor punye kilang kat situ lah kot. Haha, nanti nak kerje situ la. Naik Raleigh GTS, haha. Cakap beria2 plak en. Btw, aku takde ape nak cerita sangat pasal perjalanan aku hari ni sebab perjalanan hari ini sebenarnye agak lancar dan tiada kecelakaan berlaku. Kata2 terakhir, syukur alhamdulillah.


PC Ruang Tamu
11.07 pm
7 June 2012

No comments:

Post a Comment