Thursday 15 March 2012

Bercakap dengan diri sendiri

Bacalah kalau sudi, lebih baik pergi daripada korang disakiti oleh blog yang aku tulis sekarang ni.

Afiq, aku nak tanya ko. Kenapa ko menangis sekarang ni? Jawab soalan aku! Heh, kenapa? Ko jelous eh tengok benda tadi? Eh, kejap. Benda apa eh? Haha, pembaca semua nak tau wei. Cakap la cepat! Eh, degil ko eh? Cakap la! Kenapa ko nangis? Apa masalah ko sebenarnye ni? Dulu ko kuat, tak macam sekarang ko makin mood, lemah, tak semangat. Apende ko ni? Ko ingat aku suka ker ko macam ni? Ha? Hehey! Muka gangster nangis ker? Cucu Sulung pon nangis ker? Malu wei cousin ko tau. Oh, lupa. Ko kan Ketua Kelas 1 Teknologi Automotif 2 kan? Haha! Menangis?

Afiq Bin Hanifah, kau teruk! Sejak kebelakangan ni kau makin pelik! Tak tentu arah aku tengok! Berapa umur ko sekarang? Ohh, 16 Tahun! Anak Sulung, Cucu Sulung lagi tu. Perangai? Heh, masih lagi belum Matang! Benda kecik nak menangis, eh? Kecik ker? Ok, aku akan cakap tak. Kenapa? Sebab aku tau, benda ko tengok tu mengganggu emosi ko kan? Tapi ko kena la terima, benda tu aku rasa dah lama. Ko dah lupa ker ade orang pesan semalam? Benda dah lama, perlu ke dikenang? Perlu, tapi jangan diikut. Haihh, ko ni Afiq. Ko dah lupa eh ape pesanan ayah ko masa 9 January 2012? Iaitu hari pertama ko tinggal di Kediaman Kolej Vokasional Kluang. Ingat? Ape dia? "Jadilah lelaki"

Afiq Bin Hanifah, pesanan yang ringkas daripada ayah ko tu sangat bermakna tau. Ringkas, tetapi? Memberi makna yang besar! Afiq, jadilah lelaki. Sepertimana yang aku kenal ko dulu, itulah yang aku suka. Itulah yang aku bangga tengok ko jadi Afiq yang sebenar, bukan macam sekarang. Dah lah Afiq, jangan macam ni lagi tau. Macam mana ko nak jaga akak ko kalau ko pon tak reti jaga diri ko? Hmm, ok. Aku faham perasaan ko. Takperlah, mungkin ni ujian untuk ko. Ko kena ingat Allah SWT selalu ade pada kita. Ok? Nanti lama2 ko faham lah kenapa ko macam ni. Ok lah Afiq, itu jer aku boleh nasihat dekat ko. Mintak maaf sebab berkasar dengan ko.

Afiq Raleigh GTS™
12:16 am 16 March 2012
PC Ruang Tamu

No comments:

Post a Comment