Saturday 17 March 2012

Mengapa kita melepaskan rindu di saat2 terakhir?

Hai semua, mintak maaflah pasal post yang lepas2. Mungkin aku ade sakitkan hati korang dengan ayat kasar terutamanya post aku bercakap dengan diri aku sendiri. Aku minggu cuti ni tak berapa ok lah. Haihh, ntah lah. Mungkin aku ni ikutkan sangat perasaan aku ni, terlalu mengharap sampai nak tenangkan diri sekejap pon tak boleh.

Ok lah, bukan itu aku nak cerita sekarang. Mintak maaf, tajuk aku dah tertera di atas tu kan? Hehe, kebanyakkan dalam dunia ni kan, ramai yang lepaskan rindu di saat akhir. Kenapa yek? Nak tau sekarang ker? Kalau yang dah tau tu, tak yah cakap apa2 lah eh. Yang tak tau tu, nanti aku bagitau. Apa2 pon, aku bukan nak cerita pasal orang. Tapi aku nak cerita benda yang aku sayang.

Hari semalam iaitu pada pukul 9:43 pm 16 March 2012. Aku dengan kawan aku yang bernama Firdaus, aku panggil dia Daus jer. Pergi convoi berbasikal Fixie dengan MTB. Tapi paling ramai join MTB lah kan. Aku rasa takde ape kot nak cerita pasal convoi tu. Tapi pada hari ni pulak pada pukul 12:37 pm 17 March 2012. Aku dengan Daus pergi jalan2 satu Kulai. Haha, takde la satu Kulai. Setakat pergi Taman Kota dengan Taman Putri jer.

Ape kena mengena dengan cerita aku pergi convoi dengan berjalan dengan kawan aku si Daus tu? Haha, ini aku baru nak cerita. Pernah baca tak post aku pasal Raleigh GTS? Tak pernah? Kalau tak pernah tu baca la sekejap. Nanti sambung balik kat sini.

Sebenarnye aku tak sampai hati nak keluarkan Raleigh GTS aku tu berjalan jauh, sebab dia dah tak mampu nak berlasak2 macam dulu. Dulu? Perghh, jangan cakap. Dulu dia power, berjalan kemana takde hal. Laju, steady jer jalan jauh2. Sekarang? Hmmm, sedih aku sejak kejadian masa raya cina aritu. Haihh, serious aku nangis masa  tu!



 Ok, ini lah Raleigh GTS yang dulu. Macam Fixie ker? Opps, tidak. Dia bukan Fixie tapi die MTB tapi aku pakai tayar Maxxis Detonator yang khas untuk main dekat jalan biasa. Haiihh, aku rindu Raleigh GTS yang ni. Sekarang dia macam mana?





Haihh, yang atas tu lagi garang aku tengok. Sejak bertukar jadi yang bawah ni, pilu hati aku tengok si Raleigh GTS ni. Apa yang bertukar? Kalau aku cerita korang tak faham, sebab korang bukannya layan basikal sangat kan? Hmmm, tapi aku nak ucapkan kat die terima kasih. Sebab die sudi bawak aku jalan2 dan bagi aku join pergi convoi semalam. Esok aku dah balik Kediaman Kolej Vokasional Kluang. Hmm, terima kasih Raleigh GTS sebab sudi bersama aku di saat terakhir aku cuti. Aku sayang kau !

(Mengapa kita melepaskan rindu di saat2 terakhir? Kerana di saat2 akhir itulah kenangan paling manis untuk kita)

Afiq Raleigh GTS™
11:38 pm 17 March 2012
PC Ruang Tamu

No comments:

Post a Comment